Khamis, 22 Disember 2011

PMR!!!!


Tahniah !!! Buat semua ex-student SK Padang Jawa 2008 yang dapat result GEMPAKKK... Hope sume akan do da best 4 SPM lak...Congrate...

Rabu, 14 Disember 2011

Penghujung 2011


Semakin menghitung hari bagi pengakhiran tahun 2011. Adakah segala tugas yang dipertanggungjawabkan sebaga "GURU" dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan bersungguh? Semoga segala kekurangan diperbaiki di tahun baru... Kecemerlangan pula terus dikekalkan...

Sabtu, 26 November 2011

Aktiviti ke arah ICT

Mari saksikan bersama-sama


PEMULIHAN KHAS
PENDAHULUAN
    Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah.
    Perbezaan minat, pengalaman,bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau "terbelakang" menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam.Justeru, melalui program pemulihan khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

DEFINISI
    Satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kagagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing.

KONSEP
Program Pendidikan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.

OBJEKTIF
 Setelah mengikuti program ini dalam masa yang ditentukan murid boleh :
   i)Menguasai kemahiran asas 3 M.
   ii)Meneruskan pembelajaran dikelas biasa.
   iii)Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
   iv)Memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat untuk meluahkan perasaan mereka.

MENYUSUN STRATEGI       
  1. Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas.
  1. Kenal pasti masalah murid.
  • Kenal pasti punca masalah murid.
  • Menjalin hubungan mesra dengan murid.
  • Menunjukkan penghargaan kepada murid.
  • Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar.
  1. Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai.
  • pendekatan bermain sambil belajar.
  • teknik bercerita.
  • teknik latih tubi.
  • teknik bersoal jawab.
  • teknik nyanyian.
  1. Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.
  1. Menjalankan aktiviti pengukuhan.
  1. Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.

CARA MENGENALPASTI MURID-MURID
1.      Pemerhatian.
2.      Temubual / soal selidik.
3.      Hasil kerja murid.
4.      Pentafsiran rekod prestasi setengah / akhir tahun (Rekod Profil).
5.      Pentafsiran rekod ujian IPP3M.
6.      Ujian diagnostik.
7.      Ujian bulanan.

Jumaat, 25 November 2011

Mengenai PEMULIHAN

Keluhan mengenai pencapaian rendah setengah murid kita dalam bahasa memang sering dilahirkan oleh para pendidik dan ibu bapa. Mereka bimbang kerana memang terdapat sebilangan murid sekolah rendah yang tidak dapat. membaca dan memahami soalan-soalan dalam peperiksaan dan,oleh itu, pakai teka saja bila menjawab soalan. Malahan ada sesetengah murid sekolah menengah yang sama buruk kebolehan bahasanya. Tidak dapat dinafikan bahawa antara murid-murid tersebut di atas terdapat mereka yang memang tidak boleh bercakap dan menulis disebabkan kerencatan mental atau kecacatan fisikal. Tetapi mereka ini hanya terdiri dari bilangan yang amat kecil dan yang lain yang merupakan majoriti besar adalah kanak-kanak normal yang tiada sebarang kerencatan mental atau kecacatan fisikal. Bahawa mereka adalah kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan normal tercermin oleh pencapaian mereka yang memuaskan dalam matapelajaran lain seperti Ilmu Hisab atau Sejarah.
Mereka ini kerapkali dinamakan murid lembam yang didefinisikan oleh Brennan (1974) sebagai 'murid-murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah unntuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak dapat dianggap sebagai disebabkan oleh kecacatan...' Mereka ini kadangkala juga diberi label pencapai rendah yang membawa erti bahawa murid-murid ini memperlihat taraf pencapaian yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebayanya atau taraf pencapaian yang diharapkan bagi murid-murid pada peringkat persekolahan itu.
Tetapi penakrifan di atas adalah tidak mencukupi dan mestilah dilengkapi dengan keterangan tentang beberapa ciri yang lazim dapat diperhacikan pada murid lembam atau pencapai-rendah ini. Seringkali ciri-ciri ini sedikit banyak berhubung dengan persekitaran rumah dan bidang bahasa, misalnya Bahasa Malaysia, mereka sentiasa mengalami kesulitan pembelajaran kerana kemiskinan perbendaharaan kata yang kemungkinan besar disebabkan diskriminasi penglihatan dan pendengarannya yang kurang memuaskan. Akibat dari berbagai kesulitan pembelajaran yang dialaminya, murid lembam ini selalu gagal dalam ujian, dan ini seterusnya menyebabkannya mempunyai yakin diri dan konsep diri  yang rendah. Kita tidak berasa hairan apabila kita dapati murid lembam ini kurang aktif dan kurang minat untuk menyertai kegiatan pelajaran dalam bilik darjah.
Aktiviti-aktiviti khas perlu dirancangkan dan dijalankan untuk menolong murid-murid lembam mengatasi kesulitan pembelajaran dau meningkatkan pencapai mereka ke taraf normal. Dengan kata-kata lain pengajaran pemulihan adalah bertujuan untuk memulihkan masalah pembelajaran murid lembam supaya mereka tidak terus ketinggalan dalam perlakuan sesuatu matapelajaran dan dapat mengejar rakan sebaya mereka. Jadi dua prinsip asas pengajaran pemulihan ialah
(1) bahawa murid-murid lembam boleh mencapai perlakuan normal jika diberi pertolongan yang sesuai dan
(2) bahawa pengajaran pemulihan dapat mencegah kesan buruk yang mungkin dibawa oleh kegagalan pembelajaran.
Prinsip-prinsip di atas adalah berkait rapat dengan soalan mengapa dalam pengajaran pemulihan. Apakah pentingnya tindakan pemulihan diambil dalam bidang bahasa?
Kebolehan berkomunikasi dan belajar melalui bahasa adalah satu ciri unik manusia yang hidup bermasyarakat. Oleh yang demikian, perkembangan bahasa seorang kanak-kanak akan secara langsung mempengaruhi pertumbuhan intelektual dan seterusnya menentukan kejayaan.
Creber (1974) telah menekankan perhubungan erat antara kegagalan pendidikan murid sekolah khususnya kanak-kanak kurang beruntung dengan ketaklengkapan bahasa mereka. Beliau telah menggambarkan kesan-kesan atas pendidikan mereka akibat dari kekurangan bahasa seperti kemiskinan perbendaharaan kata.
Pendapat ini di.sokong oleh Gulliford (1972) yang menegaskan pertalian. rapat antara perkembangan bahasa seorang murid dengan pertumbuhan pemikirannya kerana bahasa merupakan alat pendidikan yang terpenting sekali dan inilah sebab utama kita mestilah berusaha sedaya upaya untuk memulihkan ketaklengkapan bahasa murid-murid lembam. Tambahnya lagi, kerencatan dalam bahasa dan kesulitan menguasainya merupakan satu punca kegagalan pembelajaran murid-murid.
Dilihat dari perspektif yang lebih luas dan jangka masa yang lebih panjang, pengajaran pemulihan dalam bidang bahasa mempunyai matlamat: untuk mencegah pembaziran dalam pendidikan memandangkan berapa rapatnya perhubungan kegagalan dalam bahasa dengan kegagalan dalam pendidikan seorang murid. Sekiranya kita membiarkan saja seorang murid Darjah Tiga dengan ketakbolehannya untuk membaca atau menulis perkataan-perkataan mudah seperti 'buku', 'berjalan', 'besar' dan sebagainya, ketaklengkapan bahasanya akan meruncing dari setahun ke setahun, dan membawa kepada kegagalannya dalam Peperiksaan Sijil Sekolah Rendah dan seterusnya tercicir dari sekolah. Ini. merupakan satu kerugian. kepada negara kerana potensi-potensinya telah tidak dikembangkan dan sebaliknya telah terbenam disebabkan bantuan tidak diberi untuk menolongnya mengatasi. kesulitan pembelajaran dalam bidang bahasa.
Kita sampai satu prinsip lagi dalam pengajaran pemulihan iaitu ianya mestilah dijalankan seawal mungkin dan secara berterusan. Ini bermakna eloklah masalah pembelajaran murid dikesan dan ditentukan dengan awal-awal dan tindakan pemulihan yang munasabah dijalankan dengan segera. Memang para pendidik telah menegaskan peri pentingnya pemulihan dimulakan pada peringkat awal sekolah rendah, malahan pada peringkat pra-sekolah, tetapi ini tidak bermakna bahawa pemulihan pada peringkat sekolah menengah adalah tidak berguna langsung. Sebenarnya tindakan pemulihan mestilah diambil bila saja ditentukan ada murid yang memerlukannya tidak kira pada mana peringkat persekolahan.
Pengajaran pemulihan dalam bidang bahasa patutlah dianggap sebagai sebahagian dari tanggungjawab seorang guru bahasa, dan setiap guru bahasa mestilah melengkapkan diri dengan kecekapan yang perlu untuk menjalankan tugas penting ini.

Backgrounds
Backgrounds